Thursday, August 2, 2012

Kesabaran

Kesabaran yang terlampau sering terganggu, meletus menjadi kemarahan yang tiada taranya

Kunci semua hal adalah kesabaran, bukankah anda memperoleh anak ayam dengan jalan mengeram terlebih dahulu dan bukannya dengan memecahkannya

Kesabaran itu pahit, tetapi buahnya manis

Kalau kita kehilangan kesabaran, lawan mendapat kesempatan menghujamkan senjatanya yang paling tajam

Kesabaran adalah kekayaan setiap orang yang tidak dapat dicuri oleh sesiapa pun juga

Kesuksesan terkadang bergantung pada pemahaman jumlah waktu yang diperlukan bagi memperoleh hasil

Kesabaran adalah bunga yang tidak tumbuh di semua kebun

Kebanyakan orang membuat anda sibuk mendengarkan kesulitan mereka tanpa membiarkan anda mempunyai waktu bagi mengutarakan kesulitan anda sendiri

Kesabaran dan tawakal adalah minyak pelincir bagi roda kehidpan

Apabila kesabaran dan rasa terima kasih adalah dua ekor unta betina, yang mana satu perlu kutunggang tidak menjadi masalah

Inti daripada kejernihan akal fikiran adalah adanya sifat penyantun, sedangkan landasan daripada semua perkara adalah kesabaran

Dengan kesabaran kita memperoleh hasil lebih daripada kekuatan kita

Berakhlaklah kamu dengan akhlakku. Salah satu daripada akhlak-akhlakku adalah aku sangat sabar

Betapa susah orang yang tidak punya kesabaran, segala luka hanya dapat sembuh secara perlahan-lahan

Berhati-hatilah dengan orang yang sangat sabar

Anda lebih berhasil apabila menggunakan kesabaran daripada hanya menggunakan bakat

Anda jangan terlalu menginginkan semua berlangsung seperti yang anda kehendaki, tetapi sabarlah dengan kejadian yang berlangsung sebagai apa yang sudah berlangsung sehingga anda tenang dan tenteram

Segala kekejaman, bersumber kelemahan

Jangan membebani kenangan kita dengan kesusahan yang lalu

Yang sukar bagi manusia adalah mengenal dirinya sendiri

Dari http://1001mutiarakata.com/