Showing posts with label foto. Show all posts
Showing posts with label foto. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Disiplin


Walaupun sedang bersarapan beret tetap dikepala. Tapi yang tetap segak bergaya yang pakai Bush Jeket. Foto dari Mohd Fuad.

Monday, November 29, 2010

Menyambut Tetamu

Dahulunya setelah berpeluang memasukki sebuah institusi berprestij seperti ini alangkah bertuahnya kita. Walau 1001 cabaran mendatang ditempuhi jua. By hook or by crook sentiasa diingat. Determination, come on you can do it sentiasa dipahat. Atau anda mesti cari atau curi untuk mendapat. Tidak kira apa status anda lelaki atau perempuan. Rasanya inilah satu-satu kemuncak kejayaan yang dikecapi yang tiada duanya setelah berjaya dan untuk dikenang. Inilah tempat keluar terakhir yang dilalui untuk menempuh cabaran diluar yang lebih mencabar.

Thursday, November 25, 2010

Tangga

Tangga di lobi ada dua pilih satu mana yang suka dan dikira paling selamat ikut kesesuaian. Jika masa junior turun naik tangga semua dilakukan dengan pantas dan bertaktikal. Dahulu sebelah tangga ini ada kemudahan telefon awam untuk berkomunikasi.

Sunday, October 31, 2010

Skuad Hut

Di pondok skuad yang berhadapan dengan Masjid MTD menghadap longkang besar pegawai kedet pada hari rejimental akan belajar senjata. Yang amat diingati staf yang mengajar ialah Sjn Untung yang jarang tersenyum dan sentiasa tegas. Inilah sesi pembelajaran yang dikira paling mengantuk kerana dilakukan lepas PT dan lepas makan. Lagipun dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.

Friday, February 19, 2010

Siapa Dalam Gambar

Agak-agak siapa dalam gambar yang pakai baju petak sedang seluk poket. Mungkin juga dia nampak macam Romli Mat Piah. Romli ni sebelum masuk kedet pernah belajar di Universiti ambil bidang petroleum tapi enggan meneruskannya kerana tiada prospek pekerjaan. Kemahiran dia dalam sokan ialah menembak. Apapun seronok bersembang dengannya kerana banyak cerita. Dan apa yang diingat dan tidak lupa sentiasa juga pakai towel green sama macam kita orang juga jika kat bilik
Posted by Picasa

Friday, October 2, 2009

Lagi Felda


Pokok getah ditoreh setiap hari
Kelapa sawit juga kelapa bali
Foto dihantar pengganti diri
Sudah terakam untuk diingati

Ucapan tahniah naik pangkat
Thank you Dato disusuli
Sudah rezeki dan usaha berkat
Didoa moga sentiasa mengungguli

Sunday, September 27, 2009

Thursday, September 17, 2009

Foto Beramai-Ramai




Di Dewan Perdana Felda tempat acara
Beramai-ramai diambil gambar
Semua ceria kerana ada yang belanja
Apa lagi dapat jumpa bertepuk tampar

Beramai-ramai diambil gambar
Dimasa hadapan buat kenangan
Apa lagi dapat jumpa bertepuk tampar
Bertanya khabar dan apa perkembanganPosted by Picasa

Tuesday, September 15, 2009

Foto Berbuka Puasa

Geng TJT 21 berbuka puasa
Di Dewan Felda tempat diada
Suasana meriah memang terasa
Terima kasih dan tak akan lupa
Posted by Picasa

Saturday, August 22, 2009

Lagi Shahar



















Shahar ditemui di Ulu Kelang
Disuatu petang minggu dahulu
Orangnya jika sekali pandang
Terlepas pandang mungkin berlalu

Fransisca Peter dan Roy Stamaria
Itulah lagu selalu berkumandang
Sudah berjumpa mulalah ceria
Maklumlah lama tidak bersembang

Sekarang bermastautin di Kelantan
Kota Bharu punya daerah
Sempat bertanya khabar rakan
Rasa isi hati pun tercurah
Posted by Picasa