Friday, August 14, 2009

Skot Sp Coy

Beliau ini orang Johor
Kedet tahun lapan puluhan
Dalam semboyan bakti ditabor
Sudah bersara itu pilihan
Posted by Picasa

Thursday, August 6, 2009

Cuba teka foto siapa

Orang Johor asal negeri
Masuk kedet Kompeni Syed Putra
Ke Kor Semboyan pilihan sendiri
Buka kompeni di Kelantan lepas bersara



Posted by Picasa

Thursday, July 30, 2009

Round Akhir

Mungkin round terakhir. Foto ehsan Fauzi.

Omda pembantu Akhir peninju
Masa atas gelanggang tak kira gu


Posted by Picasa

Friday, July 24, 2009

Cuba Teka 2


Ini mungkin acara menonton pertandingan kugiran atau tengok filem prebet lapok.


Pergi menonton filem prebet lapok
Antara pelakonnya AR Badol
Menang bertinju ramai bertepuk
Nak bagi high sikit telan Panadol


Posted by Picasa

Wednesday, July 15, 2009

Koperasi Tentera

Masa kedet kita semua mula menjadi ahli apabila pada satu malam di bilik TV bawah bilik penginapan diadakan persembahan oleh pihak Koperasi. Masa itu CI Lt Kol Ghazali ada sama dan dia tanya beberapa soalan lepas syarahan. Bagi aku bukan faham sangat tapi yang diingat isi borang warna merah terus jadi ahli hingga sekarang 1 yunit RM 3.65 sebulan Insuran Kelompok. Dan yuran pula kalau tak silap sebulan RM20 dan naik kepada RM30.
Dipaparkan wajah Bibi TJT 22 disini adalah kerana beliaulah satu-satunya pegawai yang pernah berjaya jadi ahli lembaga pengarah.

Koperasi Tentera yang terulung
Memberi dividen tinggi setiap tahun
Bulan Jun bulan bertarung
Memilih Pengarah dari perbagai calun
Posted by Picasa

Monday, July 6, 2009

Cuba Teka

Cuba teka siapa pegawai JL ini. Masa kedet dalam pangkat Kapt tinggi lampai dan sentiasa segak bercermin mata gelap. Kalau tidak silap dalam kor Armor. Berasal dari Sarawak. Bila bersara jadi wakil rakyat disana. Seorang yang JL yang gentleman. Boleh juga dipanggil Kapt P sebagai clue.


Dari Sarawak datang Semenanjung
Menjadi perwira itu tujuan
Lama silatulrahim tidak bersambung
Sekrang dimana gerangan tuan
Posted by Picasa

Saturday, June 13, 2009

kiwi

kiwi ini selain digunakan untuk menggilap kasut juga digunakan sebagai samaran dimuka masa buat ambush selain dari mengelak digigit agas.





Kiwi ini jenama pengilap kasut
Terkenal ia seluruh dunia
Masa mula masuk kedet rasa takut
Bila dah lama dunia ana yang punya

Monday, May 18, 2009

8 dari 9 AS coy yang hadir reunion


seorang lagi lim kiat choy tidak dapat hadir majlis makan malam tapi ada di acara golf paginya. walaupun kurang qty tapi banyak yang heavyweight seperti masrani, iqbal dan kamarul serta lainnya. jadi kesimpulannya AS coy dapat mempamirkan/menampilkan bintang-bintang mereka pada malam tersebut. tahniah diucapkan pada semua yang hadir pada semua coy dan penganjur yang berpenat lelah.
Posted by Picasa

Tuesday, May 12, 2009

14 AR Coy yang hadir malam reunion

tahniah pada skot AR coy yang hadir walaupun sama jumlah dengan SP Coy tetapi dikira kecundang dengan kiraan mata kerana faktor wanita.lain kali cuba lagi.
Posted by Picasa

Tuesday, May 5, 2009

14 antara sp coy 21 yang hadir malam reunion

antara mereka yang hadir seramai 14 orang. berbanding ar coy seramai 14 juga dan as coy seramai 8. walau bagaimana pun sp coy dikira juara juga sebab kelebihannya ada wakil tunggal wanita. as coy macam biasalah dari dulu sampai sekarang dia bagi sp dan ar berentap dan dia sebagai pemerhati (pengadil).
Posted by Picasa