Tuesday, November 25, 2008

shafie ramli

disebabkan ada yang menanya aku pasal ada sorang kedet tiba-tiba sahaja menghilang. terutama raja ikram dan lokman yang ingin tahu. beliau ini sebenarnya memang ingin untuk discharge dari ATM. alasan yang agak lojik ialah kerana apabila ia hendak buat kawad tabik hujung jari tangan kanannya tidak akan sampai ke kening dan jaraknya agak jauh juga. jadi mungkin atas alasan ini juga ia dapat discharge. sebenarnya aku sendiri pun tidak berapa ingat bila dia hilang. dia ni skot afats aku. dia ni orang lenggong perak. difahamkan dia lepas itu melanjutkan pelajaran ke US. dia ni mungkin AR coy. sekarang seorang artist dalam bidang seni lukis.
Posted by Picasa

Friday, November 21, 2008

24 afats dari 73 tjt21

terdiri dari 9 SP coy, 8 AS coy dan 7 AR coy. kira boleh buat 1 coy khas mereka ini. walaubagaimanapun ada lagi 3 afats yang mana 2 join UTM dan 1 discharge. jadi semuanya 27. sepatutnya mereka ini selepas afats akan melanjutkan pelajaran ke UTM kerana telah ditemuduga lembaga no 3 tetapi disebabkan masa itu kedet tjt21 perlukan lebih ramai calun maka diserapkan kesini. dan 2 lagi terlepas join ke UTM kerana mereka memohon secara sendirian kerana terlewat hantar borang bersama yang lain. sedangkan yang lain borang dikumpulkan yang sepatutnya dihantar secara kumpulan tapi tidak dihantar dan diperapkan sahaja diafats.

Monday, November 17, 2008

13 skot dikursus tempur pegawai muda kota belud sabah

inilah skot yang sama-sama satu coy masa dikota belud sabah.
mereka ialah zainuddin hilmi (1659) razak (1686) mohamad (1691) rani (1620) hasan (1631) romlee (1668) jamaluddin (1636) m som (1657) shamsuri (1656) zailani (1675) shahruddin (1671) razali (1646) mathavan (1641) warna kuning adalah warna charlie coy tersebut. masa itu oc coy ialah kapt kamaruzaman . sebelum itu oc coy ialah kapt hamidon. ketua penuntut kapt suad dari lateda juga dari coy ini. yang telah bersara ialah hilmi, zailani, mathavan, romlee, jamaluddin, m som. 5 sp coy, 4 as coy dan 3 ar coy. rani antara yang paling cepat siapkan assingnment appreciation. jadi dia selalu cari mana hilang dia punya appreciation tersebut. jadi kita orang bilang jangan risau kita orang akan majukan sekali dengan paper kita orang. jadi tima kasih pade demo kerana banyak tolong dengan bagi cut and paste pada mana yang perlu.

Wednesday, November 12, 2008

24 AS coy tjt21


1. mendahului senarai ialah skot ackbal abd samad. ex-boy. dia juga yang ambil panji-panji diraja masa rmc dapat panji-panji tersebut. juga pelari 4x100m.

2. ananda. ex-boy.nama macam ananda krishnan maxis.seorang yang semua sokan main. dari basket ball sampai rugbi. stamina pun kuat. itu sebab masuk komando. bukan saja sokan tapi terbaik akademik juga.

3. azilah. pemain hoki dan rugbi yang disegani. kawan baik wong kwai yin.

4. azmi. dia ni tahun pertama saja yang ada kat kedet sebab pergi sandhurst dengan ismet. itu pasal nak cari foto pun tiada. guna foto dah lt kol sajalah.

5. bakar. kadang-kadang panggil burn. sentiasa tersenyum.

6. fazlet. nama ringkas let. nama eja mungkin salah ni. kita orang selalu jumpa dia masa gunting rambut kat bawah dewan templer hari cuti. sebab dia pun gunting rambut sama.hi hi masa tu lah baru ada masa sembang-sembang sikit sementara menunggu giliran masing-masing gunting rambut.

7. fuad misran. skot afats. badannya tidak lah berisi sangat tapi semangat kental.

8. hassan loman. skot afats. juga pemain hoki kedet. seorang yang rejimental dan tabik sentiasa ikut spek.

9. hilmi. pemain apa dia ni aku pun lupa. tiada maklumat. yang aku tahu masuk renjer.

10. jamaluddin darus. masa kedet seorang yang berkeliber main bola. alfatihah semoga Allah swt mencucuri rahmat atas rohnya.

11. kamarul fauzi. bilik dia dok kat sebelah tangga. aku selalu pergi bilik dia tanya kabar sambil-sambil naik/turun tangga.

12. lim kit choy. banyak bermain sokan kalau tak silap semua player. join

13. masrani. masa kedet seorang pemain hoki sebagai penjaga gol. sentiasa ambil kelas agama/motivasi sebab matang dari yang lain dan kata-kata nasihat dia orang boleh terima.

14. nasharuddin. skot afats. demo pemain apa aku pun lupa lah nasha. tomoi atau sumo.

15. norizan. lady offr yang bersemangat tinggi. macam mana dia minat kat tentera dan sanggup berlatih yang lasak-lasak hanya dia yang bolih jawab.

16. razali isa. skot afats. orang Selama perak. tersilap masuk komando sebab tertukar nama.

17. rezil. skot afats.dia kawan baik halim yaakob sp coy. dia nik kira ada slang jawa ni.

18. sadiman. skot afats. pemain hoki penjaga gol. kat mana demo sekarang.

19. shahruddin. juga orang perak, skot afats.

20. md sham. seorang yang periang dan sentiasa senyum.

21. shamsuri. skot afats aku ni. kalau tak silap bilik sebelah kamarul.

22. wong. ex-boy. taek kwon do dan pemain hoki.

23. zailani. pun sentiasa tersenyum dan disenangi ramai.

24. zaki. seorang pemain rugbi berbakat sekali. juga seorang pemidato bahasa inggeris yang terbaik.

Friday, November 7, 2008

show parade

inilah foto balai pengawal yang kita orang kena buat show parade dimalam hari kerana pelbagai kesalahan seperti kasut atau kepala buckel tidak kilat disiang hari. biasanya dibuat dalam satu kumpulan dengan pelbagai kesalahan. show parade itu pula mungkin setiap jam sekali. jadi untuk menjimatkan masa bolehlah lepak disekitar kawasan itu sahaja atau balik bilik.
Posted by Picasa

Monday, November 3, 2008

skot hasan ali

disatu upacara pengkebumian pegawai semboyan mej saupi di tanah perkuburan keramat (sebelah pasar datuk keramat) pada ogos 2008. beliau kenal allahyarham semasa di ggk.
Posted by Picasa