Sunday, December 26, 2010

Sam Brown


Salah seorang dari mereka memakai Sam Brown. Dimana agaknya mereka ini bergambar mungkin Dewan Templer. Apa pun mereka ini semua memegang jawatan. Nota: Foto ehsan Mohd Fuad Hamzah

Monday, November 29, 2010

Menyambut Tetamu

Dahulunya setelah berpeluang memasukki sebuah institusi berprestij seperti ini alangkah bertuahnya kita. Walau 1001 cabaran mendatang ditempuhi jua. By hook or by crook sentiasa diingat. Determination, come on you can do it sentiasa dipahat. Atau anda mesti cari atau curi untuk mendapat. Tidak kira apa status anda lelaki atau perempuan. Rasanya inilah satu-satu kemuncak kejayaan yang dikecapi yang tiada duanya setelah berjaya dan untuk dikenang. Inilah tempat keluar terakhir yang dilalui untuk menempuh cabaran diluar yang lebih mencabar.

Thursday, November 25, 2010

Tangga

Tangga di lobi ada dua pilih satu mana yang suka dan dikira paling selamat ikut kesesuaian. Jika masa junior turun naik tangga semua dilakukan dengan pantas dan bertaktikal. Dahulu sebelah tangga ini ada kemudahan telefon awam untuk berkomunikasi.

Tuesday, November 23, 2010

Kedet Laut Korea

Majlis berlangsung di Gyms. Apa yang dingati kita diberi peluang beramah mesra dengan kedet laut tesebut sambil menikmati jamuan ringan. Nampak gayanya kedet Malaysia didapati unggul juga terutama dari segi penguasaan bahasa Inggerisnya kerana jika diperhatikan kedet kita yang banyak bercakap. Foto Ehsan Fuad Hamzah

Sunday, October 31, 2010

Skuad Hut

Di pondok skuad yang berhadapan dengan Masjid MTD menghadap longkang besar pegawai kedet pada hari rejimental akan belajar senjata. Yang amat diingati staf yang mengajar ialah Sjn Untung yang jarang tersenyum dan sentiasa tegas. Inilah sesi pembelajaran yang dikira paling mengantuk kerana dilakukan lepas PT dan lepas makan. Lagipun dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.

Monday, July 12, 2010

Sokan Padang dan Balapan

Perbarisan dan ikrar sokan diambil oleh orang yang ambil panji-panji juga.

Saturday, July 3, 2010

Warga SP Coy

Ini gaya macam sedang mengelak bola samada bola sepak atau tenis. Dulu mungkin bola sepak tapi sekarang yang tentu bola tenis.

Thursday, June 17, 2010

Non Muslim

Jumlah pada awalnya ialah 9 tapi seorang telah keluar baris dan tidak diketahui namanya. Diberitakan pergi menyambung pelajaran di Australia.
Posted by Picasa

Tuesday, March 9, 2010

Pickup Van Kota Belud

Inilah jenis kenderaan yang digunakan untuk ke Kota Kinabalu dari Kota Belud Sabah. Bagi siswa yang akan ke KK setelah puas/boring berada samada dibandar Kota Belud atau Kem Paradise dihari minggu maka kesempatan ini digunakan untuk kesana. Tiket ialah RM5 satu perjalanan. Biasanya perjalanan dan aktiviti ke KK pergi balik habislah satu hari.
Posted by Picasa

Friday, February 26, 2010

Reunion TJT 20/21 Tahun 2010


Reunion TJT 20/21 telah ditetapkan seperti berikut :

Tarikh : 12 Jun 2010 (Sabtu)

Tempat : Bangi Golf Resort

Acara pagi dimulakan dengan Golf dan Jamuan Malam dengan isteri/suami di Equatorial Hotel, Bangi.

"A bad day at golf is better than a good day in the office"
Best quote because: It reminds me that we work to live, not live to work
- Angela

Friday, February 19, 2010

Siapa Dalam Gambar

Agak-agak siapa dalam gambar yang pakai baju petak sedang seluk poket. Mungkin juga dia nampak macam Romli Mat Piah. Romli ni sebelum masuk kedet pernah belajar di Universiti ambil bidang petroleum tapi enggan meneruskannya kerana tiada prospek pekerjaan. Kemahiran dia dalam sokan ialah menembak. Apapun seronok bersembang dengannya kerana banyak cerita. Dan apa yang diingat dan tidak lupa sentiasa juga pakai towel green sama macam kita orang juga jika kat bilik
Posted by Picasa

Tuesday, February 9, 2010

JSPA

Semasa di Kota Belud subjek Jerangkap Samar dan Periok Api (JSPA) paling diminati kerana ia perkara baru. Dalam modul ini pelbagai demo dan praktikal dilakukan. Antaranya ialah meletupkan besi diibaratkan bentuk seperti landasan keretapi dan jambatan besi. Digunakan detonator dengan diletakkan kedalam bahan letupan dan diletupkan melalui alat peletup menggunakan kabel dijarak yang selamat. Jurulatih utama Lt Ho. Disamping itu semasa diadakan satu latihan membaling graned seorang siswa Lt M Subari Tomo gagal membaling melepasi dinding dan kita pun diarah menyelamatkan diri. Masa itu ramai yang pucat muka apalagi Subari. Itulah lebih kurang kisahnya.

Monday, February 1, 2010

Buck Rogers

Nama Buck Rogers jika di STPM Kota belud Sabah semasa kursus taktik dirujuk kepada seorang jurulatih. Jurulatih tersebut di kompeni Charlie ialah jika tidak silap Kapt Bakri. Beliau akan mengajar dikelas berselang seli dengan Lt Ho. Kenapa beliau dikenali oleh siswa dengan Capt Buck Rogers tidak pula diketahui tapi mungkin cara beliau berjalan dan bentuk tubuh ada gaya macam Buck Rogers.
Posted by Picasa

Thursday, January 21, 2010

Rakit Ponco Langkawi


Ponco

Masa xpdc di Langkawi salah satu aktiviti ialah membuat rakit ponco di Tanjung Rhu dan disana ada satu anak sungai. Yang mengajar pula SSJN Zainal.

Ponco yang kita kenal sebagai pelindung di waktu hujan, ternyata banyak sekali kegunaanya karena memang direncanakan untuk itu. Salah satu kegunaan ponco pada renang survival adalah sebagai alat pelampung yang dapat dibuat dengan cara mengisi ponco dengan rumput kering, alang-alang atau ranting, dibentuk seperti sebuah bantal kemudian diikat dengan tali. Usahakan mengikat tali serapi mungkin sehingga tidak ada celah yang dapat dimasuki air. Dengan bahan yang baik dan ikatan tali yang rapi akan menghasilkan pelampung yang baik dan tahan lama mengambang di air.
Pada penyeberangan dengan ponco di sungai berarus sedang, kita harus selalu mengusahakan agar posisi ponco tetap mengarah serong ke hilir, supaya kita dapat memanfaatkan arus sungai. Tetapi jangan sampai melepaskan atau menaiki pelampung ini, karena sifatnya hanya sebagai tumpuan sementara, jadi berat badan kita tidak sepenuhnya ditumpukan pada pelampung tersebut.

Thursday, January 14, 2010

Foto Kapt Raja Mohamed Affandi Noor

Ini foto beliau sebagai jurulatih di MAKP/STPM Kem Paradise Kota Belud Sabah.
Posted by Picasa

Friday, January 8, 2010

Kad Biz Shahar

Sekarang beliau bermastautin di Bandar Kota Bharu Kelantan sudah lebih 8 tahun.
Posted by Picasa