TENTANG BLOG INI

saudara/ri diucapkan selamat datang keblog ini. semua yang tercatat dalam blog ini adalah dari pengalaman saya semasa berada bersama syed putra kompeni khasnya dan tauliah jangka tetap ke 21 amnya. semua cerita adalah mengikut versi saya sendiri yang mungkin lari dari cerita asal kerana sudah berlalunya masa yang panjang. saudara/ri bolehlah komen mana yang patut untuk kebaikan bersama. anggaplah ini juga satu usaha saya yang amat kecil untuk dikongsi bersama.jika perlu copy sila lah berbuat demikian. bahan-bahan yang dipaparkan adalah semata-mata mengimbau kenangan suka duka ketika bersama mengharungi cita-cita dari garis mula yang sama walaupun sampai ditempat-tempat penamat yang berbeza seperti jika diambilkan contoh seperti buat seranganlah. pada asalnya memanglah bermula di start line yang sama. selepas h hour masing-masing buat serangan. ada macam-macam berlaku untuk sampai ke objektif. ada yang tidak sampai langsung. ada setengah jalan saja. ada yang tersesat sampai ke objektif lain. dan apapun terima kasih yang tidak terhingga kepada pengunjung-pengunjung atas sokongan.usaha ini akan diteruskan selagi termampu. jika ada yang menyinggung mana-mana individu haraplah dimaafi.sekian adanya