Thursday, July 30, 2009

Round Akhir

Mungkin round terakhir. Foto ehsan Fauzi.

Omda pembantu Akhir peninju
Masa atas gelanggang tak kira gu


Posted by Picasa

Friday, July 24, 2009

Cuba Teka 2


Ini mungkin acara menonton pertandingan kugiran atau tengok filem prebet lapok.


Pergi menonton filem prebet lapok
Antara pelakonnya AR Badol
Menang bertinju ramai bertepuk
Nak bagi high sikit telan Panadol


Posted by Picasa

Wednesday, July 15, 2009

Koperasi Tentera

Masa kedet kita semua mula menjadi ahli apabila pada satu malam di bilik TV bawah bilik penginapan diadakan persembahan oleh pihak Koperasi. Masa itu CI Lt Kol Ghazali ada sama dan dia tanya beberapa soalan lepas syarahan. Bagi aku bukan faham sangat tapi yang diingat isi borang warna merah terus jadi ahli hingga sekarang 1 yunit RM 3.65 sebulan Insuran Kelompok. Dan yuran pula kalau tak silap sebulan RM20 dan naik kepada RM30.
Dipaparkan wajah Bibi TJT 22 disini adalah kerana beliaulah satu-satunya pegawai yang pernah berjaya jadi ahli lembaga pengarah.

Koperasi Tentera yang terulung
Memberi dividen tinggi setiap tahun
Bulan Jun bulan bertarung
Memilih Pengarah dari perbagai calun
Posted by Picasa

Monday, July 6, 2009

Cuba Teka

Cuba teka siapa pegawai JL ini. Masa kedet dalam pangkat Kapt tinggi lampai dan sentiasa segak bercermin mata gelap. Kalau tidak silap dalam kor Armor. Berasal dari Sarawak. Bila bersara jadi wakil rakyat disana. Seorang yang JL yang gentleman. Boleh juga dipanggil Kapt P sebagai clue.


Dari Sarawak datang Semenanjung
Menjadi perwira itu tujuan
Lama silatulrahim tidak bersambung
Sekrang dimana gerangan tuan
Posted by Picasa