Thursday, August 27, 2009
Hand Granade
Masa Di MAKP Kota Belud Sabah air tin ini disebut hand granade. Ini kerana jika siswa berada dalam dewan oven ketika sedang mendengar syarahan dan dikala itu jika ada seorang yang akan membuka penutupnya maka mengeluarkan bunyi yang agak kuat. Masa itu semua mata akan tertumpu kearah bunyi tersebut. Lagi pun air ini diletak dalam pochus dan macam jadi barang G1098 pula. Maklumlah ia amat berguna terutama bila berada dalam dewan yang panas. Jadi untuk mengelak ia dari berbunyi maka tekniknya digunakan topi jungle hat dan ditutup di atas tin dan dalam masa yang sama ditarik alat pembuka macam tarik fius hand granade. Itulah lebih kurang ceritanya.
Saturday, August 22, 2009
Lagi Shahar
Shahar ditemui di Ulu Kelang
Disuatu petang minggu dahulu
Orangnya jika sekali pandang
Terlepas pandang mungkin berlalu
Fransisca Peter dan Roy Stamaria
Itulah lagu selalu berkumandang
Sudah berjumpa mulalah ceria
Maklumlah lama tidak bersembang
Sekarang bermastautin di Kelantan
Kota Bharu punya daerah
Sempat bertanya khabar rakan
Rasa isi hati pun tercurah
Friday, August 14, 2009
Thursday, August 6, 2009
Cuba teka foto siapa
Orang Johor asal negeri
Masuk kedet Kompeni Syed Putra
Ke Kor Semboyan pilihan sendiri
Buka kompeni di Kelantan lepas bersara
Masuk kedet Kompeni Syed Putra
Ke Kor Semboyan pilihan sendiri
Buka kompeni di Kelantan lepas bersara
Subscribe to:
Posts (Atom)