Monday, November 29, 2010

Menyambut Tetamu

Dahulunya setelah berpeluang memasukki sebuah institusi berprestij seperti ini alangkah bertuahnya kita. Walau 1001 cabaran mendatang ditempuhi jua. By hook or by crook sentiasa diingat. Determination, come on you can do it sentiasa dipahat. Atau anda mesti cari atau curi untuk mendapat. Tidak kira apa status anda lelaki atau perempuan. Rasanya inilah satu-satu kemuncak kejayaan yang dikecapi yang tiada duanya setelah berjaya dan untuk dikenang. Inilah tempat keluar terakhir yang dilalui untuk menempuh cabaran diluar yang lebih mencabar.

Thursday, November 25, 2010

Tangga

Tangga di lobi ada dua pilih satu mana yang suka dan dikira paling selamat ikut kesesuaian. Jika masa junior turun naik tangga semua dilakukan dengan pantas dan bertaktikal. Dahulu sebelah tangga ini ada kemudahan telefon awam untuk berkomunikasi.

Tuesday, November 23, 2010

Kedet Laut Korea

Majlis berlangsung di Gyms. Apa yang dingati kita diberi peluang beramah mesra dengan kedet laut tesebut sambil menikmati jamuan ringan. Nampak gayanya kedet Malaysia didapati unggul juga terutama dari segi penguasaan bahasa Inggerisnya kerana jika diperhatikan kedet kita yang banyak bercakap. Foto Ehsan Fuad Hamzah