Sunday, August 31, 2008

51 tahun merdeka


Rasional LogoRekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Lagu Tema Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa MuliaSehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani IkhlasDihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
LAGU CIPTAAN : PAK NGAHLIRIK CIPTAAN : LOKGHA

Friday, August 29, 2008

wong kwai yin

ini seorang skot aku dalam rej semboyan. sorang lagi sofian. dia ni AS coy.foto diambil semasa satu majlis nikah anak perempuan pengarah veteran. sempatlah sembang2 dan perkembangan terbaru darinya ia akan pencen awal tahun depan tapi sedang tunggu surat berenti belum keluar. dia cakap kat aku tinggal lah kau dengan sofian dalam semboyan. buat masa ni cuti sajalah dulu sementara tunggu surat keluar. dia cakap bila berenti balik ipoh lah dulu tinggal sama ibu beliau tolong masak kat ibu beliau. orang bujanglah katakan mestilah jaga ibu dan beri perhatian lebih sikit. wong ni masa kedet satu tim hoki dengan aku. lagi satu cerita dia keretanya kena curi, baru saja lepas cat. jadi sekarang kira patah kakilah. tak pa nanti balik Ipoh beli lainlah katanya. selamat bersara dan berpencen lah pada beliau semoga lebih berjaya lagi diluar sana.

Saturday, August 23, 2008

152 anak tangga

inilah foto 152 anak tangga yang perlu dituruni untuk sampai ke blok bawah. masa pertandingan tinju dulu-dulu sebelum lawan boxing aku pekena dulu panadol dan diminum dengan coca cola bagi panas badan. lepas itu pergi kat tangga ini turun naik bagi semangat naik.itu lah serba sedikit petua orang bagi.
Posted by Picasa

Wednesday, August 13, 2008

foto jalan bawah menuju kewisma perwira

foto ini ialah jalan menuju ke wisma perwira.atas kanan ialah gym.jalan ini terbiar mungkin kerana tidak digunakan.sebelah bawah ada bangunan antaranya jika dulu mansoor tailor dan juga mak yew.disini juga tempat permulaan dan tukar baton road relay.aku pernahlah jadi peserta bersama jalal.tangga sebelah kanan yang berjumla 152 kena tanya orang yang tinggal blok bawah.apa pun kawasan ini dan sekelilingnya sudah terbiar tidak seperti dulu yang sentiasa meriah,ini adalah kerana cawangan kedet sudah tiada lagi.maka senyap sunyilah tempat ini. Posted by Picasa

Friday, August 8, 2008

foto AR coy


foto ini diambil dari gambar masa mereka buat advanture training di johor dan diambil dari blog tayazi.dalam foto tersebut hanya sofian tiada.antara mereka ini ada yang sudah menjadi pegawai kanan angkatan tentera dan menerajui ATM.dan yang bakal menerajui kor masing-masing.kepada yang kerjaya mereka yang dikira masih berada di peak teruskanlah perjuangan dan perjalanan masih belum tamat. kami pun tumpang bertuah jika mereka ini berjaya.kepada yang telah bersara semoga berjaya diluar sana dan difahamkan mereka ini semuanya berjaya belaka.cuma kadang-kadang kita tidak tahu apa perkembangan mereka ini.jadi pandai-pandai kita masing-masing ambil initiatif sendiri atau diberitahu untuk mengetahui keadaan mereka.pada segelintir mereka yang sentiasa refresh diri untuk dikongsi dengan skot-skot yang lain diucapkan tahniah kerana anda telah berjaya menyumbang sesuatu.pada yang belum refresh diri tu banyak saluran yang telah disediakan.akhir sekali kita mendoakan kepada ALLAH SWT semoga mereka ini berjaya dan mengharumkan tjt 21.amin ya rahman.
Posted by Picasa

Tuesday, August 5, 2008

cuba teka

ini adalah skot aku yang sama2 berkursus taktik di kota belud sabah.apa yang buat ialah mungkin makan sesuatu.dia ni pandai main bola dan main bahagian wing.di kota belud dia satu kompeni dgn aku.
Posted by Picasa

Friday, August 1, 2008

kenangan bersama ltm jamaluddin darus



inilah photo kenangan semasa commision day bersama rakanx seperjuangan.kelihatan ltm yew(mendiang) ltm jamaluddin darus(allahyarham)sedang bersalam dengan agong.kelihatan bersama agong sultan ahmad shah ialah kol mohamad munip (kita panggil budak mandan) ,ltm hassan ali,ltm sofian abd samad,ltm shahar.mereka ini ditauliahkan pada 17 jun 82.gambar ini diambil selepas tamat perbarisan.kali terakhir jumpa mej jamaluddin darus ketika beliau di mpm sg besi sebagai kapt.selepas itu hanya terdengar berita beliau melalui surat khabar sahaja.pernah juga ketika saat akhir beliau membuat pesanan kepada kol fazlette dan melalui mej nassir supaya beritahu pada rakanx tjt21 supaya memberi bantuan yang perlu samada kpd keluarga beliau dll.bagaimanakah keadaan keluarga beliau sekarang dan apakah reaksi kita pada kejadian ini.innalillahhiwainnailaihirajiuun