Sunday, August 31, 2008

51 tahun merdeka


Rasional LogoRekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Lagu Tema Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa MuliaSehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani IkhlasDihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
LAGU CIPTAAN : PAK NGAHLIRIK CIPTAAN : LOKGHA

2 comments:

Anonymous said...

Salam Zali,

Mengenai Logo Kemerdekaan Ke 51 kali ini adalah bukannya 100% original kerana rekabentuknya telah diciplak dari logo asal Taiwan. Agak memalukan kita. Sila rujuk website Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/88820

Anonymous said...

ini petikan dari malaysiakini-

"The 51st national day logo competition winner Anuar Dan has admitted that his creation was ‘inspired’ by a logo used by the Taiwanese government for its trade awards".

cuma ditambah kepala dan 3 jenis warna. tapi perkara telah tersebar. begitu juga lah apa yang berlaku kepada bendera yang seakan2bendera amerika yang mana bila anggota pergi misi pengaman disoroknya lambang bendera itu takut nanti dikatakan tentera amerika? (merbahaya nanti). kita mahu dengar komen dari pihak berwajib. t kasih atas pandangan tuan tentang perkara ini.1646