maaf jua dipinta zahir dan batin pada semua sepanjang mengendali blog ini. sebab ada cerita itu dan ini yang disiarkan tanpa keizinan skot-skot atau tersasar dari cerita sebenar.
maaf jua dipinta zahir dan batin pada semua sepanjang mengendali blog ini. sebab ada cerita itu dan ini yang disiarkan tanpa keizinan skot-skot atau tersasar dari cerita sebenar.
acara sebenar berlaku di stadium merdeka. yang aku ingat pagi petang buat raptai kat kem. tapi semangat punya pasal dan memang tidak terkecuali apa pun boleh jadi. kita yang duduk dalam baris cuma perlu ikut orders saja, jangan berangan dan tidur dan tentukan magazine senjata tidak jatuh. orang jatuh tak mengapa. ada satu ketika masa akhir-akhir sedang buat raptai kita dikumpulkan kat padang untuk dengar amanat dari PAT T SRI Ghazali Mat Seth. masa hari jadi awal pagi sudah pergi ke stadium merdeka. kalau tengok dalam gambar ni songkok Kol mohd munip ada senget juga.
Very nice photo of the Sterling SMG - the replacement for the WWII era mass-produced Sten guns. These were in service from 1953 to 1988 and were replaced by the L85A1 IW (a much larger bullpup assault rifle). With a much smaller magazine and a few superficial modifications, it also made appearances in Star Wars as the Storm Trooper blasters.
As a piece of minor trivia, the storm troopers had to use the Sterlings-turned-blasters left-handed because even the short magazine would catch on their armor when used right-handed.
map reading adalah satu mata pelajaran seperti taktik dan popo. setelah diajar teori maka tiba masa buat praktikal. kawasan yang aku ingat ialah kawasan Kajang. dan ia berakhir di taman reakrasi Bukit Belacan ampang. kat situ siap mandi setelah beberapa hari buat map reading. lagi satu kawasan kalau aku tidak silap ialah kawasan Puchong dan Bukit Jalil. pada latihan tersebut kita 100% berpandukan peta sahaja kerana kita pun tidak tahu menahu dan memang poor geography terutama keadaan atas tanah sebenar apalagi peta rakyat. lagi pun pada masa dulu memang sekitar lembah kelang masih lagi ada ancaman pengganas komunis dan ada kawasan yang masih hutan rimba lagi tak seperti sekarang, terutama dikawasan yang disebutkan diatas.
ini menu amat popular di sana tahun 1982. ia dijual dikantin. lagi pun tiada banyak pilihan yang ada. maklum saja lah siswa ni bab makan dia lalu membujur lalu melintang patah tolak batu dengan kayu sajalah. staf yang jaga kantin pun tentera juga. jadi masa berebut nak beli terdengarlah suara "staf saya mahu 3", "saya mahu 4". nasib baiklah yang jual tu staf kira ada disiplin sikit. kita sanggup tunggu lama juga kerana demand terlalu tinggi dan cepat habis.

selepas keluar kedet ramai skot-skot yang berkursus taktik pegawai muda di kota belud sabah tahun 1982. sebenarnya kisah disana masih lagi dikira ada kesinambungan dengan kehidupan masa kedet. ini kerana semua kita dalam TD berkursus disana. jadi selama 6 bulan disana dikira masih terasa macam di alam kedet lagi. module yang ada seperti senjata, jerangkap samar dan periok api serta taktik. apa pun sebab ada skot-skot disana jadi kita pun tidak luntur semangat lagi pun masa itu baru lepas tauliah. jadi bermulalah era kerjaya yang lebih mencabar. dari sini lah kita mula bersaing dan seterunya mula membawa diri masing-masing sampailah sekarang kecualilah jika satu kor. masa di kedet kita merasa adalah sedikit ilmu asas ketenteraan didada tapi bila sampai sini masih banyak lagi yang perlu dipelajari. rasanya kehidupan disini yang tidak mengenal apa itu erti kesian pun bermula. kita diperah segenap keringat dan kudrat yang ada untuk diisi dengan pelbagai cabaran berbentuk latihan untuk berperang dengan negara vietnam lagaknya.insyaallah jika ada kisah disana akan dipaparkan.
BERKHIDMAT MEMIMPIN
ini foto jalan menuju ke MTD. jalan ini juga pada petang hari kita ada buat latihan berlari dalam satu kumpulan. lari dalam satu kumpulan lagi penat dari berlari sorang-sorang. aku teringat lagi Muthu dan Mathavan masa mula-mula masuk kedet ingatkan mereka berdua mesti stamina lebih tapi sebab kita ramai-ramai bagi semangat supaya lebih berdetermination maka akhirnya dapatlah ikut step. kalau nasib tak baik masa lari kena panjat pula bukit curam sebelah kanan jalan.
masa bulan puasa ni terkenang aku bila training buat sek/pl battle drill. tempat kat atas padang dan merebak sampai kat atas bukit yang selalu buat x country. apabila time break dia orang pun break. kalau biasa bulan tidak puasa jika minum pun orang tidak perasan sangat. tapi masa buat training bulan puasa ni suasana kedet masa tu hanya buat hal masing-masing dan senyap-senyap hingga mess tin pun tak berbunyi. tapi apa yang aku perhati ramailah juga yang tidak puasa tapi tidak secara terang-terang tunjuk tidak puasa. Jurulatih masa tu kapt lufti dll. begitu juga masa lepas pt pagi siap dalam locker simpan roti. stand by saja kalu ok puasa carry on.