Sunday, September 21, 2008

STPM kota belud sabah

selepas keluar kedet ramai skot-skot yang berkursus taktik pegawai muda di kota belud sabah tahun 1982. sebenarnya kisah disana masih lagi dikira ada kesinambungan dengan kehidupan masa kedet. ini kerana semua kita dalam TD berkursus disana. jadi selama 6 bulan disana dikira masih terasa macam di alam kedet lagi. module yang ada seperti senjata, jerangkap samar dan periok api serta taktik. apa pun sebab ada skot-skot disana jadi kita pun tidak luntur semangat lagi pun masa itu baru lepas tauliah. jadi bermulalah era kerjaya yang lebih mencabar. dari sini lah kita mula bersaing dan seterunya mula membawa diri masing-masing sampailah sekarang kecualilah jika satu kor. masa di kedet kita merasa adalah sedikit ilmu asas ketenteraan didada tapi bila sampai sini masih banyak lagi yang perlu dipelajari. rasanya kehidupan disini yang tidak mengenal apa itu erti kesian pun bermula. kita diperah segenap keringat dan kudrat yang ada untuk diisi dengan pelbagai cabaran berbentuk latihan untuk berperang dengan negara vietnam lagaknya.insyaallah jika ada kisah disana akan dipaparkan.

1 comment:

Anonymous said...

salam ...ingin tahu brother STPM siri berapa?
Saya Kapt B Affendi..pelukis kartun tentera,yang dalam proses membuat buku kartun STPM Kota Belud.
Mohon jika masa terluang untuk menghubungi saya, saya ingin dapat cerita2 dan gambar2 Kota Belud siri brother.

wahtsapp 011-63391959