

jadi itu sebab latihan pandu arah tersebut memang mencabar terutama dari segi keselamatan. tapi kita tidak mengambil berat sangat hal-hal tersebut kerana kita pun tidak mempunyai maklumat yang banyak akan hal itu. apa yang kita risau ialah kemungkinan binatang buas sajalah. aku kira latihan ini memang berfaedah untuk langkah seterusnya seperti kursus taktik pegawai muda yang lebih mencabar lagi. sebenarnya latihan ini lebih menyeronokkan kita berbanding latihan kem sebab kita bila dilepaskan ke CP kita akan bebas tiada Jlatih yang ikut. bila sampai CP jika jlatih tanya apa jumpa tengah jalan pandai-pandai lah goreng dengan penuh konfidennya, tapi kalau goreng pun tak tahu tak dapatlah den nak menolongnya. tapi masa kedet kita tidak pandai ciluk lagi sebab memang kita ikut jalan tersebut.
No comments:
Post a Comment