Monday, September 22, 2008

al fatihah untuk bekas RSM royal military college


JITRA, 21 Sept -- Rejimen Sarjan Major (RSM) Pasukan Tentera Darat Malaysia yang pertama, Ahmad Mohd Alim atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Jo meninggal dunia di Hospital Jitra hari ini.Allahyarham Ahmad, 75, meninggal kira-kira 1.50 petang kerana sakit penat setelah dimasukkan ke hospital pada 11 pagi.Isteri Allahyarham, Salbiah Salleh, 45, berkata suaminya telah mengadu mengalami kepenatan sebelum dibawa ke hospital.Allahyarham menjadi RSM Tentera Darat Malaysia selama tiga tahun dari 1980 sehingga beliau bersara pada 1983.Beliau juga merupakan RSM Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi selama 10 tahun dari 1970.Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Manggis, di Yan Besar, kampung asalnya pagi esok.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd Johari Baharom dan Panglima Enam Briged Brig-Jen Fadzil Mokhtar turut menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya di Taman Bahagia, Jitra.-Bernama
nota: diambil dari blog regular 21. didalam gambar beliau sedang inspek AR coy dan dalam gambar mungkin fuad. beliau popular dengan poor geography. satu pantang beliau tidak membenarkan jika kedet gunting rambut terlampau pendek hampir kepada botak. jika ada syarahan beliau selalu cakap kalau pegawai pangkat mejar kebawah beliau akan tegur on the spot jika buat salah, apalagi kalau kedet. sebab mungkin ramai diantara mereka bekas anak muridnya. difahamkan kalau tak silap anaknya mungkin ada kahwin dengan jlatih rmc (ajt) kapt bustaman armor (mungkin aku silap) yang selalu naik kuda kat padang hoki. walau apapun beliau seorang RSM yang terpopular dikalangan RSM sehingga kita terlupa nama sebenarnya. alfatihah buat beliau dan sekeluarga semoga dicucuri rahmat atas rohnya dan bersama orang-orang yang soleh terutama dibulan baik ini. amin ya rahim.

No comments: