Thursday, October 9, 2008

kisah kfc

selepas ditauliahkan beberapa hari bulan Jun 1982 maka aku dengan Rani entah macam mana membuat rancangan ingin membelanja Kpl Zainal jurulatih PTI SP Coy. mungkin juga kerana kpl zainal agak baik dengan kita orang SP coy jadi apa salahnya belanja makan.Maka kita pun pada satu malam pergi lah ke KFC dekat Kuala Lumpur. Kami bertiga pun pergi dan seterusnya order menu yang mengandungi 21 ketul ayam (barrel) Maka makanlah kami bertiga semahunya. Kalau ikut nilai sut memang graph dah menurun.
Punyalah susah juga hendak
menghabiskannya.Tapi punya mahu cerita, mungkin kalau makan setakat 1 dinner plate setiap orang maka mungkin kita sudah tidak ingat kisah tersebut. Tapi sebab kisah ini agak extreme jadi aku ingatlah kisah makan KFC tersebut. Jadi moral of the story kalau nak ingat buat yang agak extreme.








No comments: