
inilah lebih kurang jenis briefcase yang selama 2 tahun dibawa ke kelas siang dan malam. terutama jika kekelas akan dibawa berbaris sama. briefcase ini lama kelamaan akan tidak dapat berdiri betul dan kadang-kadang jika diletak akan tumbang jadi untuk mengelak ini berlaku kenalah letak kat dinding, tiang atau kaki meja. selepas tauliah aku lupa kemana menghilangnya briefcase ini.

begitulah sinonimnya kedet dengan benda ini sampailah sekarang pun jika kepejabat jika tidak bawa briefcase semacam tidak lengkap pada hal kadang-kadang tiada apa sangat yang hendak dibawa. jadi kenalah terima kenyataan bahawa latihan membentuk tingkah laku.
No comments:
Post a Comment