masa kedet yang paling mengembirakan ialah hari minggu cuti dan dapat keluar naik bas toong fong 109. distinasi pertama ialah Hentian Pudu Raya. masa tu keluar pakai planters order bertie baju jalur (junior). sampai pudu raya pun masih pakai tie juga dan ronda-ronda pun pakai tie juga. begitulah berdisiplinnya kedet masa tu. hentian ini juga sudah sinonim dengan kedet. lepas ronda satu kuala lumpur nak pulang datang sini balik. tapi kalau nak cepat guna teksi. kat satu sudut dihentian pudu banyak terdapat gerai makanan dan disitu tempat menjamu selera. kalau restoran yang menghadap hentian terdapat Anuja restoran tingkat atas berhawa dingin. di sini juga dulu banyak kedai pakaian dan elektronik serta pasar raya dan ramai pengunjung. terdapat juga tempat untuk simpan barang dan dikenakan bayaran.
No comments:
Post a Comment